frequently ask question
Tempahan
Boleh ke saya booking dulu?
Maaf kami tidak terima sebarang “booking” untuk lock tempahan. Setiap tempahan akan ikut work-flow yang telah ditetapkan.
Perlu deposit dulu ke?
Ye betul, setiap tempahan perlu deposit 50% sebagai New Order. Baki bayaran boleh dibuat selepas Final Design.
Cara nak bayar macam mana? Guna card ke?
Cara bayaran guna Manual Transfer atau QR Pay. Buat masa sekarang kami belum ada Card Credit atau PayLater.
Boleh ke saya nak tukar dari pakej kenanga ke pakej teratai?
Boleh jika belum mula first draft design. Jika dah dapat first draft design, tak dapat tukar pakej. Boleh berbincang dengan customer service kami untuk info lebih lanjut.
Saya order 300 pcs kad kahwin, boleh ke 150 pcs buat pihak lelaki dan 150pcs lagi buat pihak perempuan?
Maaf tidak boleh, setiap senarai harga untuk satu design sahaja.
Harga ikut design ke?
Harga mengikut jenis kad, saiz dan kuantiti kad kahwin. Pakej juga harga lain.
Jenis kad : Single/Die-Cut/Folded
Saiz : A6/A5
Kuantiti : 50pcs/100pcs/150pcs/200pcs…1000pcs
Maklumat majlis saya nak isi dekat mana?
Isi dalam borang Google Form daripada Customer Service kami. Kami dah sediakan contoh ayat dalam form untuk memudahkan pihak pengantin.
Berapa lama design siap selepas saya payment deposit?
Draft pertama akan diberi dalam tempoh masa 7 ke 10 hari waktu bekerja.
Saya dah buat design guna Canva, boleh print terus tak?
Boleh hantar PDF untuk kami check dulu. Setiap design dari Canva akan kami charge RM50.00 untuk artwork adjustment seperti font, vector, alignment & banyak lagi.
Ada sediakan file original tak? Adobe Illustrator tu.
Tidak ada. Kami hanya sediakan fail PDF Portable / Editable untuk pelanggan yang tempah kad kahwin sahaja atau pakej.
Maklumat majlis nak isi dekat mana?
Anda akan terima Google Form untuk isi maklumat majlis. Borang ni akan terima selepas dah confirm order dengan customer service.
Boleh ke saya tukar tarikh majlis?
Boleh, tempahan hendaklah tidak lebih dari 3 bulan selepas tarikh bayaran deposit.
Boleh tak saya cancel order saya?
Maaf sebarang tempahan tidak boleh dibatalkan. Deposit bayaran tidak dapat dipulangkan selepas tempahan telah diproses.
frequently ask question
Design
Kalau nak tukar bunga dekat design kad tu boleh?
Tidak boleh sebab design vector dah fixed.
Kalau nak tukar color background boleh?
Ikut jenis design. Ada yang boleh tukar, ada yang tak boleh tukar. Refer customer service kami dulu.
Font boleh ubah tak?
Boleh ubah tapi perlu refer dari catalog RWC sahaja.
Boleh ke nak tukar design sebab tak berkenan pulak?
Boleh tapi kami akan ambil charge tambahan RM50.00 untuk re-work semula design anda.
Saya dah ada design dari Canva, boleh tak awak adjust jadi cantik?
Tidak boleh. Segala design sendiri dari pelanggan, kami tak boleh buat any adjustment. Designer hanya buat artwork configuration untuk printing sahaja.
Saya ada QR code sendiri untuk letak dalam design kad kahwin, boleh ke?
Boleh. Hantar QR code kepada customer service kami, pastikan file HD.
Boleh ke saya nak customize code design dari RWC? Banyak nak tukar2.
Maaf kami tak ambil fully-customize order. Segala maklumat design boleh isi dalam Google form kami. Designer hanya tukar dan buat final adjustment sahaja. Selepas siap first draft design, awak boleh listkan editing ya sebelum final.
Boleh ke saya nak tukar layout belakang kad kahwin?
Boleh untuk minor adjustment sahaja. Untuk tukar keseluruhan layout tidak boleh ya.
Saya nak buang logo RWC dekat balakang kad kahwin boleh?
Tidak boleh untuk elak daripada hasil reka bentuk syarikat diguna pakai atau dicuri.
frequently ask question
Hasil Cetakan Kad Kahwin
Kenapa dapat warna kad tak sama dengan design dalam phone?
Warna design kemungkinan tak sama 100% seperti dalam phone yang awak tengok sebab screen digital lebih cerah berbanding print guna CMYK. Detail lebih ada dalam terma dan syarat, boleh refer customer service kami.
Kenapa kad lipat ni tak align perfect center?
Alignment lipatan mungkin ada tidak sekata, tapi kami akan make sure alignment cantik dan tidak ada major reject. Detail lebih ada dalam terma dan syarat, boleh refer customer service kami.
Kenapa border design tak sama keliling kad?
Hasil potong dari kilang akan ada alignment yang nampak senget. Tapi kami akan buat QC terbelbih dahulu, kalau ada major reject. Kami akan issue kepada kilang dulu. Detail lebih ada dalam terma dan syarat, boleh refer customer service kami.
Kalau kad yang sampai tapi kuantiti tak cukup, macam mana ya?
Jangan risau, after sales service kami akan cuba jaga sebaik mungkin. Pastikan ambil gambar dan video dulu sewaktu unboxing. Mudah untuk kita sama-sama rujuk. Refer sticker packaging RWC.
frequently ask question
Delivery
Selalunya postage ambil masa berapa lama?
Semenanjung : 1-2 hari waktu bekerja
Sabah Sarawak : 3-5 hari waktu bekerja
Singapore : 5 ke 7 hari waktu bekerja
Ini anggaran masa sahaja berdasarkan data kami.
Saya nak pos ke dua alamat boleh? 100pcs kad ke kedah dan 100pcs lagi ke Penang.
Boleh, kami akan charge postage ikut setiap alamat.
Selalu kad ada rosak tak waktu delivery?
So far alhamdulillah belum ada issue kad rosak waktu delivery. Kad kahwin kami akan packing kemas2 dalam kotak.
Boleh tak nak tukar courier service? Nak guna DHL.
Maaf untuk courier service kami dah integrate bersama NinjaVan Malaysia. Untuk postage ke Singapore sahaja kami guna J&T Express.
Terma & Syarat 2025 (PDF)
Sila baca terlebih dahulu, jika ada soalan boleh hubungi customer service kami